fbpx

“Isu Sajat Sudah Jadi Isu Kecil” – Mujahid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kontroversi Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik gambarnya berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini benar-benar menjadi topik hangat di Malaysia.

Boleh dikatakan segelinap masyarakat dari netizen, pendakwah, selebriti sehinggalah ke Menteri mempersoalkan tindakannya malah ada yang turut mengecam dan merasakan ianya bukan sahaja mencalara hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi malah mencemarkan imej Islam sendiri.

Selepas lebih seminggu bertindak mendiamkan diri ekoran kontroversi yang melanda dirinya itu, Sajat akhir membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi satu video yang di muat naik oleh rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri.

Baca artikel berkaitan : Sajat Buat Permohonan Maaf

Terbaru, memetik Malaysia Gazette, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang ditemui berkata kes berkenaan hanyalah satu isu kecil dan beliau juga dilihat enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan diambil terhadap usahawan terbabit.

“Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil….. tiada (komen),” katanya kepada portal berkenaan sewaktu temui di Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Taman Duta baru-baru ini.

Baca artikel berkaitan : Mujahid mahu SKMM sekat media sosial Sajat

Terdahulu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan tiada dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan secara saintifik bahawa Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman adalah seorang khunsa dan beliau juga bertegas akan memastikan akaun media sosial Sajat disekat oleh SKMM

Malah agensi pelancongan yang membawan usahawan komsetik itu turut mendedahkan yang dia mengakui jantinanya adalah lelaki sewaktu mendaftar, sebelum bertindak menukar penampilannya apabila tiba di tanah suci.

Baca artikel berkaitan :Sajat mengaku dirinya khunsa di tanah suci tapi daftar umrah sebagai lelaki

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.