fbpx

Sajat Sedia Bertemu JAKIM Untuk Selesaikan Isu Identiti (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kontroversi Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang mengenakan pakaian wanita sewaktu mengenakan umrah benar-benar menjadi topik hangat di Malaysia sehingga ramai tertanya-tanya jantina sebenar usahawan terbabit.

Ekoran dari itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengambil ininsiatif dengan mengadakan pertemuan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan hasilnya beliau mengesahkan status sebenar Sajat sewaktu didaftarkan adalah sebagai seorang lelaki.

Sajat kemudian bertindak mendiamkan diri sehinggalah dia pulang ke tanah air sebelum akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi satu video yang di muat naik oleh rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri bagi meredakan isu terbabit

Terbaru, memetik dari BH Online Sajat kini sudah bersedia untuk bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identitinya.

Menurutnya sebelum ini sudah bersedia untuk membuat pemeriksaan perubatan di hospital tetapi dia tidak diberikan sebarang surat secara rasmi daripada JAKIM.

“Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

“Kalau betul mereka (JAKIM) nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada portal terbabit.

Dakwa usahawan itu lagi, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identiti dirinya kepada pihak berkuasa, namun, alasan yang diberi adalah kesnya itu berprofil tinggi.

“Saya pernah kena tipu, bukan saya tak cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan. Namun, sekarang, saya yang perlu menanggung semua ini sendirian,” katanya.

“Ibu bapa Sajat boleh mengesahkan siapa saya. Tiada orang lain,” katanya.

Ikuti tembual Sajat di bawah bersama BH :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.