fbpx
Now Reading
“Siti Tahu Aku Macam Manalah, Dia Takde Hal Pun Jumpa Dengan Aku” – Azwan Ali Jawab Isu Kutukan Terhadap Siti Nurhaliza

“Siti Tahu Aku Macam Manalah, Dia Takde Hal Pun Jumpa Dengan Aku” – Azwan Ali Jawab Isu Kutukan Terhadap Siti Nurhaliza

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Azwan Ali kerap diperkatakan kebelakangan ini ekoran kritikan pedas dan mulut lepasnya nya terhadap beberapa orang rakan selebriti.

Jika sebelum ini kisah Azwan Ali atau lebih terkenal dengan panggilan Diva AA menjadi topik hangat netizen akibat persengketaannya dengan pengasas produk kosmetik Dato Seri Vida dan Naim Daniel, kini nama Penyanyi No 1 Negara, Dato Seri Siti Nurhaliza turut terpalit dengan Azwan

Difahamkan Azwan ada memuat naik status yang kurang sopan terhadap Siti di Twitter miliknya ekoran penyanyi itu yang terpaksa pulang awal usai membuat persembahan di Anugera Juara Lagu 34 bagi menjalani satu pembedahan kecil.

Baca artikel berkaitan : Siti Nurhaliza bersedia untuk hamil lagi

Dia dalam status Twitter tersebut bukan setakat mempertikaikan kepulangan awal Dato’ Seri Siti malah turut mengeluarkan kata-kata yang agak kesat dan kontroversi

Terbaru memetik Gempak, Azwan Ali menjelaskan tentang maksud yang ditulisnya di Twitter tersebut.

“Tentang Dato’ Siti ni saya bercakap straight forward tentang her level. Aku mempertikaikan kenapa dia balik cepat.

“Dulu isu bila dia menang, tapi bukan dia, puak-puak dia lah mencaci hina Noraniza Idris bila Noraniza Idris angkut satu batalion balik sebelum result.

“itu zaman Noraniza Idris. kenapa kau mesti kecam dia? So again, ni about {peminat) fanatik Siti. Dia orang ni yang mengutuk Noraniza tak boleh terima keputusan, berterabur lari balik,” kata Azwan dalam satu temu bual bersama portal berkenaan.

Pada pendapat Azwan lagi, itu adalah satu pembalasan kepada (peminat) Siti . Dia bagaimanapun tahu ayat yang ditulisnya pasti mengguris penyanyi kesayangan rakyat Malaysia itu.

“Siti tahu aku macam manalah, dia tak ada hal pun jumpa aku. Walaupun aku tahu Siti terkilan dengan mulut aku, sebab penyokong-penyokong Sitizoners ni, anak-anak xxxxx! Not my level lah!” kata Azwan menutup kata-katanya

Ikuti temubual tersebut di bawah :


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.