fbpx
Now Reading
Wow! Aizat Amdan Tawar Persembahan Secara Percuma Di Majlis Kahwin Pasangan Bertuah. Tunggu Apa lagi!

Wow! Aizat Amdan Tawar Persembahan Secara Percuma Di Majlis Kahwin Pasangan Bertuah. Tunggu Apa lagi!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8gYMnmnreq/

Penyanyi terkenal Aizat Amdan membuat satu tawaran menarik untuk mereka yang akan berkahwin pada Mac ini dimana dia sedang mengadakan promosi untuk menyanyi secara percuma di majlis perkahwinan pasangan yang terpilih.

Perkara tersebut dikongsikan Aizat di Instagramnya semalam.

“Assalamualaikum, anda inginkankan penyanyi majlis perkahwinan anak / kakak/ adik / abang / makcik /pakcik / nenek / atuk / sedara / sepupu? Silakan isikan detail di highlights saya,” tulis Aizat pada satu entri di Instagram miliknya.

Memetik Gempak, tawaran menarik itu dilakukan sempena mempromosikan single terbarunya, ‘Waktu’.

“Secara jujurnya Aizat tak tahu berapa undangan perkahwinan yang Aizat akan pergi, tetapi yang pastinya bukan sekadar di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Yang menariknya tawaran itu terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berkahwin pada bulan Mac bukan hanya perkahwinan melayu sahaja.

“Satu perkara lagi, jangan ingat untuk perkahwinan Melayu sahaja. Apa juga perkahwinan yang terpilih nanti, pasti Aizat akan datang dan hiburkan secara percuma,” kata Aizat kepada portal berkenaan

Namun penyanyi itu hanya akan membuat promosi ini untuk masa terdekat sahaja

Dia bagaimapun memilih untuk mengadakan promosi ini terhad sehinggal ke bulan empat sahaja memandangkan Ramadhan juga sudah semakin hampir

“Paling lewatpun, mungkin sehingga bulan April sahaja apatah lagi selepas itu kita akan berpuasa dan menyambut hari lebaran

“Projek ini memang merupakan salah satu promosi single Aizat yang dilancarkan pada 22 Januari lalu,” kata Aizat.

Jadi pada anda yang akan berkahwin pada bulan 3 atau mempunyai kenalan yang akan berkahwin pada bulan itu, jangan lepaskan peluang ini dan terus ke instagram Aizat Amdan untuk memohon .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.