
“Bunga, Terima Kasih Kerana Telah Mencintai Anak Kami ..” – Ucapan Ayah Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita pemergian Ashraf Sincair benar-benar mengejutkan banyak pihak, apatah lagi dia sebelum ini memang diakui sihat dan langsung tidak menghidap sebarang penyakit.
Bukan sahaja sahabat rapat yang turut terkesan malahan rakan selebriti, media dan peminat dari Malaysia dan Indonesia turut merasainya.

Namun apalah sangat berbanding perasaan sedih yang ditanggung oleh ibu ayah, isteri, anak dan keluarga terdekatnya bukan?
Satu klip video rakaman ucapan dari ayah pelakon Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair yang tular di media sosial benar-benar mengundang sebak netizen.
Menerusi video itu Mohammed mengucapkan terimakasih kepada semua tetamu yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada anaknya. Selain dari itu beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) kerana telah membahagiakan arwah sepanjang perkenalan mereka.
“Bunga, terima kasih kerana mencintai dan menjaga anak kami, Ashraf selama ini. Awak memang sangat luar biasa,” katanya.
Terima kasih Indonesia meletakkan putera kami di hati kalian. Terima kasih banyak,” kata ayah Ashraf disambut dengan tangisan Noah yang begitu meruntun hati kaum keluarga , rakan-rakan yang menghadiri majlis pengebumian pelakon terkenal itu serta semua yang menonton klip video berkenaan.
"Bunga, terima kasih telah menjaga anak kami Ashraf selama ini, kamu sangat luar biasa. Terima kasih Indonesia untuk mengenang putra kami di hati kalian."
— Fellya Hartono (@feyzheng) February 18, 2020
😭💔
Rest in Peace, Ashraf Sinclair.
Stay strong BCL & Noah :") pic.twitter.com/HtdObjIGt8
Ramai netizen yang turut mengambil kesempatan mendoakan agar BCL kuat menghadapi ujian ini.

Terdahulu Ashraf atau nama betulnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia pada jam sekitar 4.51, selasa pagi meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 1