fbpx
Now Reading
Balu Abam Dedah Kereta Ditarik, Aliff Syukri Dikecam Memecah-belah Keluarga

Balu Abam Dedah Kereta Ditarik, Aliff Syukri Dikecam Memecah-belah Keluarga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial apabila Ali Puteh, adik kepada arwah Abam mengamuk di media sosial gara-gara tindakan Dato Seri Aliff Syukri ‘menerjah’ ke rumah balu arwah abangnya, Nor Hidayah Mohd Ali dan membuat live interview yang dimuat naik di Facebook live juga di Youtube miliknya.

Ali turut memuat naik status yang menggambarkan perasaan terkilan dan sedikit berbaur penghinaan terhadap kakak iparnya, namun posting itu telah dibuang selepas mendapat nasihat rakan terdekat dan selepas dikecam hebat oleh netizen.

Pihak Aliff turut dikecam hebat kerana tindakannya menanyakan beberapa soalan yang tidak sepatutnya seperti wasiat dan isu harta kepada balu Abam itu yang disifatkan agak melampaui batas.

Namun dalam masa sama pendedahan mengejutkan itu membuatkan orang ramai kini berpendapat nasib Hidayah dan Hamzah, anak arwah sebenarnya tidak terbela.

Menerusi pendedahan itu ramai beranggapan isteri anak Abam kini tidak terbela

Menerusi Facebook live itu juga, Aliff turut bertanyakan beberapa soalan kepada Hidayah antaranya perancangan Hidayah selepas ketiadaan Abam.

Balu Abam itu kemudian menjawab dan berkata dia selepas ini akan menguruskan perniagaan bapanya.

“Selepas ini saya uruskan bisnes bapa saya” jawab Hidayah

Namun seorang wanita berbaju kurung hitam dipercayai pembantu Aliff Syukri kemudian mengutarakan satu soalan mengenai khabar yang mengatakan bahawa kereta yang selalu diguna Hidayah telah ditarik oleh pihak keluarga Abam .

“Tapi saya ada dengar cerita yang kereta akak kena tarik, bagaimana akak nak uruskan bisnes tu? Boleh akak cerita sikit,” soal wanita berkenaan

“Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi,” kata Hidayah

Melawat Isteri Arwah Abam Bocey ..Untuk melihat video yang lebih panjang korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Tuesday, February 18, 2020

Aliff pula kemudian menanyakan soalan mengenai wasiat hartanya

“Khabarnya arwah seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya” soal Aliff lagi.

“Saya tak tahu belah sana(Abam) uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja,” jawab Hidayah lagi

Dalam pada itu, Ali Puteh dalam satu perkongsian di Instagram berkata dia dalam masa terdekat akan menjelaskan perkara sebenar

“Nanti saya akan beritahu kenapa saya berkata begitu, InsyaAllah ada kebenaran disitu. Doakan saya hamba Allah yang hina ini,” tulisnya.

Terdahulu Ali mencabar Aliff Syukri berjumpa dengannya selepas video terbabit viral dan mendapat kecaman netizen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.