fbpx
Now Reading
“Dia Play game..Saya Pun Tak Tahu Apa Dia Nak” – Emak Dayana Dakwa Dihubungi Keluarga Naim Daniel Minta..

“Dia Play game..Saya Pun Tak Tahu Apa Dia Nak” – Emak Dayana Dakwa Dihubungi Keluarga Naim Daniel Minta..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8tGSYDhhoC/

Nampaknya isu hakcipta lagu ‘Sumpah’ yang pernah menjadi topik hangat tahun lalu nampaknya kini menjadi buat mulut netizen sekali lagi selepas lagu ciptaaan dan nyanyian Naim Daniel itu memenangi Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) baru-baru ini

Naim sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik satu posting di Instagram meminta mana-mana pihak yang ingin berkongsi hak cipta mengenai sebarang lagu yang telah diketengahkannya untuk menampilkan bukti seperti bahan transkrip, demo score dan sebagainya kepada pihak nya.

Baca artikel berkaitan :

Rupanya ia berkait rapat dengan isu hakcipta lagu Sumpah apabila semalam, bekas kekasih Naim, Dayana atau nama penuhnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah membuat sidang media khas menuntut lagu tersebut didaftarkan sebagai lagu ciptaan bersama .

Naim sewaktu memenangi AJL 34

Terbaru, Ibu Dayana, Aida Daud mendakwa pihak keluarga Naim Daniel ada cuba menghubunginya untuk meminta supaya tidak meneruskan sidang media berkaitan hak cipta lagu berkenaan yang berlangsung semalam.

Dia bagaimanapun tidak mengendahkan permintaan berkenaan kerana mahu orang ramai tahu hal yang sebenar.

“Mak dia ada menelefon saya secara peribadi, tapi saya tidak jawab. Dia telefon untuk minta tak teruskan (sidang media), saya memang tak angkat sebab nanti saya tak ada bukti.
 
“Jadi, saya hanya voice note sahaja. Saya nak biar ada pengakuan. Kalau dengar voice note, boleh nilai sendiri, bukti dah ada kat situ,” katanya kepada Gempak.

Tambah Rohaida lagi, Naim sendiri ada menghubunginya, namun, bertindak meminta pemenang AJL34 itu agar itu tidak mengganggu sehingga perjalanan sidang media semalam selesai.


“Naim pun ada menelefon saya, saya cakap biar saya jalankan sidang media saya terlebih dulu. Saya pun ada screenshot pasal peratusan apa semua tu.
 
“Tiba-tiba petang (kelmarin) tu dia keluar video. Dia play game lah kat situ. Saya pun tak tahu apa dia nak, nak raih (perhatian) peminat yang selalu sokong dia kot.
 
“Saya masih bersabar dan diam. Saya cakap jangan ganggu saya sampai saya buat sidang media,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.