“Kalau Nak Bincang Baik-Baik Saya Ok Je..” – Aliff Syukri Sedia Jumpa Ali Puteh ?

Kecoh media sosial apabila Ali Puteh, adik kepada arwah Abam mengamuk di media sosial gara-gara tindakan Dato Seri Aliff Syukri ‘menerjah’ ke rumah balu arwah abangnya, Nor Hidayah Mohd Ali dan membuat interview yang dimuat naik di halaman Youtube miliknya.

Ali turut memuat naik status mencabar Aliff Syukri agar bersemuka dengannya selain turut mengecam usahawan berkenaan dengan panggilan ‘ orang kaya yang mengambil kesempatan’

Ali turut memuat naik status yang menggambarkan perasaan terkilan terhadap kakak iparnya namun posting itu bagaimanapun telah dibuang olehnya.

Aliff kemudiannya tampil menjelaskan tindakannya menziarahi Hidayah hanya untuk memberi bantuan kewangan dan peralatan rumah.

“Saya tak faham…. Saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dari AS Legacy (syarikat Aliff) sebab saya lihat dia memerlukan. Saya bertanya khabar dan saya disambut baik oleh mereka,” tulisnya sebagai caption

Aliff turut menekankan dia sudahpun mendapat persetujuan dari ahli keluarga Hiday sebelum mengemukakan semua soalan tersebut . Dan disebabkan itu dia bersedia berjumpa dengan Ali dan ibunya.

“Semua soalan saya dah disetujui oleh mereka bukan saya suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitviti orang).

“Tak kaya pun buat Youtube duit bayar duit minyak kereta saya je lepas..Memang saya bantu semua orang.

“Kalau nak bincng baik-baik saya okay jerrr… Kenapa macam nak gaduh??

Dalam masa sama, usahawan itu meminta orang ramai untuk melihat video penuh di saluran Youtubenya.

Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube TV Telajak laris esok petang. 

“Sebelum mengutuk tengok dulu live dulu. Saya tak salah kan sesiapa malah tak mengutuk sesiapa pun..

“Cuba dengar saya ada 10 kali rakaman video lagi malah sebelum posting semestinya persetujuan semua nak bahan semua saya simpan.

“Kami datang pun berjemput jadi fikirkan. Aku tak kayalah dengan duit Youtube dah lama buat bisnes lah. Tunggu tindakan saya,” tulisnya lagi.

Perkongsian Aliff mendapat pelbagai reaksi dari pengikut, ada yang tidak bersetuju dan mengecam tindakannya namun ada juga segelintir bersetuju kerana ramai yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara Ali dan kakak iparnya itu.

Ali bagaimapun dilihat terus memberi komen terhadap posting yang dimuat naik Aliff berkenaan dengan mengecam tindakannya

“Kau sepatut mintak kebenaran keluarga arwah..Bukan memandai boleh mendatangkan fitnah.

“Nak buat amal buat lah..Jangan berlagak kaya seperti semua kau yang punya @aliffsyukriterlajaklari,” tulis Ali.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago