fbpx
Now Reading
“Kami Tak Menerima Apa-Apa Maklumat” – Isu Didakwa Tiru Filem Tamil, Team Parasite Tak Tahu Apa-Apa

“Kami Tak Menerima Apa-Apa Maklumat” – Isu Didakwa Tiru Filem Tamil, Team Parasite Tak Tahu Apa-Apa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang penerbit filem tamil, PL Thenappa yang menerbitkam filem Minsara Kanna telah mendakwa filem Korea, Parasite meniru hasil karya mereka.

Ekoran dari itu dia juga mengumumkan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap penerbit filem Parasite atas dakwaan plagiarisme.

Perkara itu berbangkit selepas filem Korea itu baru sahaja memenangi Anugerah Filem Terbaik Oscar; Filem pertama berbahasa asing yang berjaya memenangi anugerah berprestij tersebut

Baca artikel berkaitan : Baru menang Oscar, Parasite Bakal Disaman?

Terbaru, CJ Entertainment, syarikat produksi filem Parasite, membalas kenyataan PL Thenappan yang dan mengatakan pihak mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai isu berkenaan.

“Kami tidak tahu menahu mengenai tuntutan plagiat dari filem India. Kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai isu ini,” jelas wakil CJ Entertainment dalam satu temu bual bersama Newspaper Today.

Terdahulu, filem Parasite yang diarahkan oleh Pengarah terkenal Korea Bong Joon-ho  telah mencipta sejarah apabila menjadi filem berbahasa asing pertama memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscars, selain memenangi tiga lagi yang dipetandingkan di sana iaitu anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.