fbpx
Now Reading
Selamat Pengantin Baru! Emma Maembong Kini Sah Isteri Kepada Juruterbang

Selamat Pengantin Baru! Emma Maembong Kini Sah Isteri Kepada Juruterbang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon cantik Emma Maembong atau nama betulnya Fatimah Rohani 27 tahun, kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun seorang juruterbang selepas dinikahkan dalam satu majlis tertutup di tertutup di sebuah premis di Bukit Damansara, sekitar pukul 12 tengah hari khamis.

Mereka dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz, berwalikan bapa Emma, Ismail Embong.

Emma difahamkan menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskhah al-Quran daripada Shazli manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah (20.02.2020) juga sangat cantik, dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insyaAllah,” katanya.

Emma dan Shazli yang berkenalan sewaktu majlis sambutan ulang tahun sepupu Emma, pelakon Uqasha Senrose pada 2017 tidak pernah menjangka hubungan ‘sekadar kawan’ mereka akan diakhiri dengan perkahwinan.

Foto : Ayien

Malah sehari selepas itu, dia sebenarnya ada menghantar mesej di Instagram. Namun tidak disedari saya. Hanya pada 2018, baru mesej yang dihantarnya disedari saya. Ketika itu kami hanya berbalas mesej biasa termasuk bercakap soal kucing. Perbualan itu berakhir begitu saja.

“Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubungan semula di Instagram. Kali ini, proses itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.

“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Seminggu seterusnya pula, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isterinya,” kata pelakon cantik itu lagi.

Difahamkan resepsi mereka akan dilakukan pada bulan hadapan di Putrajaya.

Sekali lagi selamat pengantin baru buat Emma dan Shazli dan selamat menempuhi alam perkahwinan!


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.