fbpx
Now Reading
“Jangan Dengar Dari Sebelah Pihak Untuk Elak Fitnah” – Akhirnya Ali Puteh Bersuara [Video]

“Jangan Dengar Dari Sebelah Pihak Untuk Elak Fitnah” – Akhirnya Ali Puteh Bersuara [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8yYjR5BkE3/

Agak menyedihkan apabila orang ramai serta sahabat masih lagi berduka atas pemergian Abam yang baru meninggal dunia beberapa hari lalu, sudah timbul cerita kurang manis mengenai pergeseran yang melibatkan ahli keluarganya , Ali Puteh dan juga balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali

Malah tindakan Ali meluahkan kata yang berbaur penghinaan kepada balu Abam juga telah menyebabkan segelintir netizen berang kepadanyai , dalam masa sama menghentam usahawan Dato Seri Aliff Syukri yang dilihat seperti melaga-lagakan kedua pihak menerusoi temubual berkenaan,

Terbaru selepas hampir dua hari mendiamkan diri, Ali akhirnya tampil dalam satu temubual bersama Official Riax meminta orang ramai agar tidak mendengar sebelah pihak mengenai isu kakak iparnya, yang dikatakan dianiaya oleh keluarga Ali selepas kematian Allahyarham Abam Bocey.

Dia juga turut menjelaskan punca sebenar dia memuat kenyataan berbaur emosi dan kasar di Instagram terhadap Nurhidayah, dua hari lalu  serta semua perkara yang katakan kakak iparnya dalam temubual itu

“Yang membangkitkan kemarahan saya adalah, sampai saya dihina. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arwah bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan fitnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin membolot harta arwah.

“Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak fitnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemuhan.

“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kasar) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih marah daripada saya,”

Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.

“Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ.

“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit,” katanya.

Mengenai isu dompet pula, Ali memamklumkan tujuan utamnya adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kad keahlian Seniman milik Abam

“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.

Ramai netizen menyifatkan Abam pasti bersedih sekiranya pergolakan ini berterusan

“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa.

“Mustahil kerana saya bersama arwah selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.

“Dia juga pegang kad bank arwah. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwah, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggal, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” katanya.

Ali kemudiannya turut bercerita mengenai isu hangat yang diperkatakan iaitu isu kereta yang telah disoal oleh pembantu Aliff Syukri sehingga terpaksa dibangkitkan oleh balu Arwah.

“Arwah ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwah yang susun dan beli. Bila dia meninggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.

“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah MyVi yang disambung bayar oleh arwah daripada pakcik kami. Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang.

“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan MyVi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya.

Ali turut memperjelaskan isu menaiki Grab sewaktu ke klinik yang menyebabkan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan layanan ahli keluarganya terhadap Hidayah

“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.

“Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan yang mengatakan Nurhidayah dihalau keluar dengan sehelai sepinggang, Ali menafikan perkara itu.

“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.

“Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwah meninggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.

“Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwah. Semuanya dibawa bersama,” katanya.

Ali turut menambah dia sebagai seorang islam, dia tahu hukum agama mengenai hak waris dan keluarga si mati.

“Dalam hukum agama, walaupun harta yang ada cuma RM1, itu pun faraid. Faraid yang saya tahu, ada tiga bahagian. Satu perenam adalah untuk ibu, satu perlapan adalah untuk isteri dan selebihnya untuk waris lelaki. Jadi, saya dan adik beradik lain tak ada hak pun dalam kesemua harta arwah.

“Cumanya, persetujuan yang dibuat pada hari kedua adalah untuk saya membantu menyusun proses faraid itu supaya lebih mudah dan dia sendiri pun bersetuju,” katanya.

Ali yang diajukan soalan mengenai kata-kata kasar dan penuh emosi nya terhadap Aliff Syukri bagaimanapun berkata tindakannya itu adalah sebagai pengajaran buat usahawan kosmetik tersebut

“Semasa kami hidup susah, kau tak ada muncul pun. Sewaktu arwah meninggal, kau tak pernah datang melawat. Bila perkara begini berlaku, macam kau jadi hero.

“Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela mati daripada ibu saya dihina sebegini,” katanya.

Ali juga sewaktu di hujung temu bual sekali lagi meminta maaf kepada orang ramai namun dalam masa meminta orang ramai untuk tidak menghina keluarganya. Malah dia bersedia untuk mengundur diri daripada industri sekiranya dirinya tidak lagi diperlukan

“Harapan saya kepada semua, maafkan kami sekiranya terkasar bahasa. Saya juga maafkan semua. Janganlah dihina dan dikeji keluarga kami.

“Saya naik bukan kerana diri saya, tapi kerana Allah dan anda yang mengangkat kami adik beradik. Kalau dah tak perlukan saya, saya rela undur diri dari industri untuk jaga mak saya.

“Biar kita susah, jangan kita dihina,” katanya menutup perbualan berkenaan



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.