
“InsyaAllah Terus Bersabar” – Ali Puteh Sahkan Akaun IG Kena Hack, Buka Akaun Baru
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini kami ada melaporkan yang akaun Instagram (IG) milik pelawak Ali Puteh seakan telah digodam. Hasil penelitian juga, akaun dengan 400 ribu pengikut itu telah dibuang segala posting sebelum ia akhirnya ‘hilang’ dari pandangan.
Baca artikel berkaitan : Akaun Instagram Ali Sekali Lagi Digodam?
Terbaru Ali mengesahkan perkara berkenaan menerusi sebuah entri di sebuah akaun baharu nya semalam
“Instagram baru saya yang original..Yang lama sudah kena hack.
“Selain dari akaun ini itu semua bidaah!” tulis Ali sebagai posting

Pelawak itu dalam masa sama menganggap segala yang terjadi adalah ujian dalam kehidupannya.
“Allah uji lagi. Instagram pulak dicuri. Insya-Allah terus bersabar kerana bila kita sabar, Allah sayang kita,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sebagai rekod ini adalah kali kedua Ali mengalami nasib yang sama dimana sebelum ini akaun IG pertamanya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada September 2019.