fbpx
Now Reading
Intan Najuwa Akui Putus Tunang

Intan Najuwa Akui Putus Tunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Desas desus mengenai hubungan pertunangan Intan Najuwa akhirnya terjawab apabila pelakon cantik itu mengakui telah putus tunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.

“Apa punca sebenar saya putus tunang, biarlah kami bersama keluarga saja yang tahu,” kata Intan

Memetik Harian Metro, Intan yang dihubungi menjelaskan ianya kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman

“Walaupun sudah putus tunang, tetapi kami serta keluarga kedua belah pihak baik-baik saja. Saya anggap kami tiada jodoh,” katanya kepada portal berkenaan

Memetik mStar pula, pelakon berkenaan memutuskan untuk berkongsi perkara berkenaan kerana tidak mahu lagi bekas tunangnya terpalit dengan kontroversi dalam industri seni.

Intan dan Razrul sebelum ini bertunang pada Ogos 2019

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.

“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.

“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” jelas Intan kepada mStar.

Dalam pada itu,aktres yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini memohon semua pihak agar memahami keadaan tersebut dan tidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi.

Saya nak bersihkan nama saya dan dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya harap semua orang faham dan tak judge dengan apa yang terjadi.

“Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.