fbpx
Now Reading
“Saya Tak Nak Tahu Apa-Apa” – Mak Arwah Abam

“Saya Tak Nak Tahu Apa-Apa” – Mak Arwah Abam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pergolakan yang melanda keluarga pelawak Allahyarham Abam selepas pemergiannya membuatkan kisah mereka menjadi perhatian masyarakat

Difahamkan salah faham antara keluarga kandung arwah dan isterinya, Hidayah Mohamad Ali mula diketahui selepas kedatangan usahawan kosmetik , Aliff Syukri yang bertandang ke rumah Hidayah, sambil membuat perkongsian di Facebook Live miliknya.

Dari situ perselisihan dalaman keluarga turut melibatkan Aliff Syukri ekoran dari tindakannya menanyakan beberapa soalan berkaitan wasiat menyebabkan adik Abam, Pelawak Ali Puteh, berang dan mengamuk di media sosial.

Namun keadaan kembali reda selepas mereka berdua saling membuat permohonan maaf namun Hidayah masih kekal mendiamkan diri.

Terbaru, emak Abam yang ditemui media selepas majlis tahlil Allahyarham Abam di Masjid Wilayah anjuran Astro dilihat tidak mahu mencampuri atau mendengar apa sahaja isu berkaitan pergolakan yang sedang melanda keluarga mereka

“SAYA tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu.

“Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi,” kata ibu Allahyarham Abam, Sabariah Arshad.

Memetik Metro, dia yang tidak tahu membaca bagaimapun dapat mengetahui situatsi yang terjadi sebelum ini melalui penceritaan oleh Ali Puteh.

“Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.

“Cuma seminggu sebelum Abam meninggal dunia, nombor telefon arwah hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwah tak pernah lupa telefon saya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut ekoran tindakan balum Abam yang bertindak keluar dari rumah selepas kematian Abam, Sabariah bagaimanapun berkata itu adalah terpulang kepada empunya badan.

“Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau,” katanya.

Tambahnya lagi, lebih baik dia dan Hidayah, tidak berhubung selepas pemergian Abam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.