fbpx
Now Reading
Selamat Penganti Baru! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Muhammad Atiq

Selamat Penganti Baru! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Muhammad Atiq

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai seminggu bertunang, pelakon Tasha Shilla hari ini sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni tepat pada 9.59 pagi.

Hampir 100 teman rapat dan kedua keluarga serta peramal media turut hadir memeriahkan majlis berkenaan di sana.

Memetik Harian Metro, Tasha menerima mas kahwin sebanyak RM800 dan sebentuk cincin, namun memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri kepada lelaki dicintainya walaupun dia baru sahaja berkenalan dengan suaminya sejak Disember sebelum mereka bersetuju mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas

“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu. Semuanya berjalan lancar dan saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT.

Difahamkan majlis resepsi belah perempuan akan diadakan petang ini manakala resepsi kedua pihak lelaki pula akan diadakan pada minggu hadapan.

Tasha dan suami memilih untuk mengenakan busana tradisional Melayu klasik juga rekaan Hatta Dolmat bagi majlis ini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.