fbpx
Now Reading
Watak dalam Filem Guna Peranti Android ? “Oh Mesti Orang Jahat..”

Watak dalam Filem Guna Peranti Android ? “Oh Mesti Orang Jahat..”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hm tajuk yang agak pelik, jadi watak tu kalau guna iphone watak baiklah? Ya! Itu yang menjadi kebiasaanya atau dalam erti kata lain itu yang Apple mahukan

Kedengaran pelik bukan?

Apple dari dahulu sebenarnya sehabis boleh tidak membenarkan sebarang produk mereka dikaitkan atau digunakan oleh watak atau sebarang karakter jahat didalam filem.

Mereka beranggapan ini akan membuatkan penggemar filem memberi persepsi buruk terhadap branding mereka untuk tempoh jangka masa panjang.

Malah jika anda perasan sekiranya ada filem yang membabitkan penggunaan laptop atau pc, watak baik pastinya akan menggunakan model jenis Apple samaada Macbook atau Imac dan bagi watak jahat pasti akan menggunakan perisian Windows. Teori ini pernah dikemukakan oleh Wired pada 2002

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Rian Johnson, Pengarah Filem Star Wars: The Last Jedi and Knives Out dalam satu temuramah bersama Vanity Fairs.

Jadi ramalan atau sinopsis mudah untuk perkara ini, sekiranya anda ternampak ada watak atau karakter memegang peranti Android, itu bermakna dia membawakan watak orang jahat!

Menurut John, sudah menjadi polisi Apple juga sangat ketat mengenai bagaimana produk mereka digambarkan didalam filem adalah sangat ketat.

“Mereka benarkan kamu menggunakan iPhone didalam filem tapi – ini paling penting sekiranya kamu menonton filem misteri- orang jahat tidak boleh memegang iPhone di depan kamera” – Rian Johnson

Apa kata korang tengok temubual di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.