fbpx
Now Reading
“Mereka Buat Video Call 1 Jam Sebelum Pernikahan Saya” -Mamat Jawab Isu Rakan-Rakan Tidak Hadir ke Majlis Akad Nikah

“Mereka Buat Video Call 1 Jam Sebelum Pernikahan Saya” -Mamat Jawab Isu Rakan-Rakan Tidak Hadir ke Majlis Akad Nikah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum tahu yang pelawak Mamat Sepah baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama wanita pilihannya Diana Ibrahim pada hujung minggu lalu.

Baca artikel berkaitan: Mamat Sepah tamatkan zaman solo nikahi wanita pilihan hati

Namun timbul beberapa isu apabila rakannya Shuib dan Jep serta dua lagi anggota Sepahtu Reunion iaitu Pakya dan Rahim dikecam hebat oleh netizen kerana tidak hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung di rumah Mamat di Kulai, Johor.

Tidak cukup dengan itu, pengacara Diva Ali yang turut hadir ke majlis berkenaan turut mengecam tindakan sahabat-sahabatnya tanpa mengetahui terlebih dahulu punca ketidakhadiran mereka .

Baca artikel berkaitan : Diva AA Maki Ahli Sepahtu sebab tak datang Mamat nikah

Terbaru Mamat Sepah meluahkan rasa terkilannya kerana orang ramai melemparkan tuduhan melampau terhadap sabahat-sahabatnya itu.

Perkara itu disampaikan Mamat ketika dihubungi portal Gempak.

“Jangan tuduh sahabat-sahabat saya macam tu, mereka ada hubungi saya menerusi panggilan video satu jam sebelum saya bernikah.

“Saya sedih apabila ‘adik beradik’ saya, Jep dan Shuib dikatakan sengaja tidak hadir dan lupakan saya.

“Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa janganlah bercakap sesuka hati. Selain mengguriskan hati orang lain anda juga menambah dosa sendiri,” katanya kesal.

Mamat ketika bersama kumpulan Sepah

Tambah Mamat lagi kesemua anggota Sepahtu ada menghubunginya mengucapkan tahniah dan turun memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan komitmen program Sepahtu Reunion Live.

“Mereka ada penggambaran. Saya faham komitmen sahabat-sabahat saya. Saya terharu apabila mereka hubungi saya.

“Itulah momen yang paling membahagiakan saya…Disebabkan itu saya sempat merakam momen tersebut (video call) untuk dijadikan kenang-kenangan,” katanya.

Tambah Mamat malahan Jep sendiri sudah menemuinya seminggu sebelum majlis itu berlangsung.

“Kami ada berjumpa dan dia ucap tahniah dan beritahu awal tidak dapat hadir ke majlis saya nanti. Sebab itu saya kata, jangan suka menuduh tanpa usul periksa,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.