fbpx
Now Reading
Misha Omar Buat Netizen Sebak Cover Lagu BCL Sambil Kenang Semua Yang Telah Pergi

Misha Omar Buat Netizen Sebak Cover Lagu BCL Sambil Kenang Semua Yang Telah Pergi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B9LHjx-pMsd/

Penyanyi terkenal, Misha Omar semalam bukan sahaja menarik perhatian ramai malah menyebabkan ramai menjadi sayu apabila menyanyikan sebuah lagu milik Bunga Citra Lestari.

Menerusi Instagram Misha memuat naik klip dirinya mendendangkan lagu Cinta Sejati buat tatapan ramai

Dalam masa sama, dia turut menyeru agar pengikutnya terus berkasih sayang dan saling menghargai selagi masih mempunyai waktu.

“Saat Aku tak lagi disisimu, ku tunggu kau di keabadian..

“Teruslah berkasih sayang, saling menghargai, cinta mencintai saat waktu masih berpihak pada kita,” tulisnya sebagai kapsyen

Misha turut mengambil kesempatan meminta orang ramai untuk menghadiahkan surah Al-Fatihah buat rakan-rakan selebriti dan ayahnya yang telah meninggal dunia.

“Jangan lupa sedekahkan/ hadiahkan seikhlas hati al fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, Allahyarham Abam @ Syed Umar Mokhtar, Allahyarham Aji, Allahyarham Faizal Uzir, Allahyarham Kelly, Allahyarham Pak Yus, Allahyarham Adnan Abu Hassan dan Allahyarham bapaku, Omar bin Ismail seusai kalian menikmati nyanyian sederhana saya ini,… Terima kasih” tulisnya sebagai penutup

Perkongsian itu begitu menarik perhatian para pengikut serta rakan selebriti yang rata-ratanya tersentuh. Ramai juga diantara mereka yang memuji nyanyian Misha yang dilihat penuh dengan penghayatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.