fbpx
Now Reading
TMJ ‘Mengamuk’ Di IG, Syifa Melvin Nafi Paksa Safawi Rasid Kahwin

TMJ ‘Mengamuk’ Di IG, Syifa Melvin Nafi Paksa Safawi Rasid Kahwin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tuanku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ menerusi IG storynya memuat naik status meluahkan rasa geramnya ekoran prestasi seorang player Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merosot mendadak gara-gara bermain cinta.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama dalam entrinya ramai mengaitkan status berkenaan ada kaitan dengan Safawi yang juga pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu yang kebelakangan ini dilihat bagai hilang sentuhan.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Syifa menerusi laman Insta-story nya turut memuatnaik kenyataan seolah menjawab mengenai spekulasi tersebut.

Syifa menafikan bahawa dia memaksa kekasihnya itu berkahwin. Tambahnya lagi dia juga tidak pernah meminta sebarang wang daripada Safawi seperti yang didakwa sebelum ini.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” tulis adik kepada Syatilla Melvin itu di IG Storynya.

Syifa Melvin bagaimanapun telah memadamkan status berkenaan dari laman storynya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.