fbpx
Now Reading
Disyaki Pukul Anak Angkat, IG Aliff Syukri Di Serang Netizen

Disyaki Pukul Anak Angkat, IG Aliff Syukri Di Serang Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai seorang usahawan kosmetik yang disyaki memukul anak angkatnya.

Walaupun semua media tidak menyebut sebarang nama, namun salinan report yang tular di media sosial yang ada menyebut Datuk Seri Aliff Syukri menyebabkan netizen membuat spekulasi jutawan kosmetik itu adalah pelaku yang dimaksudkan.

Menerusi salinan report itu, pengadu iaitu pembantu rumah menjelaskan dia telah diarahkan oleh majikannya untuk membawa anak angkat tersebut ke dalam bilik kasut sebelum diarahkan memukul kanak-kanak malang terbabit.

Dia yang ketakutan enggan mematuhi arahan majikannya untuk memukul anak terbabit. Dakwanya lagi ini menyebabkan majikan itu sendiri bertindak mencubitnya dan memukul kanak-kanak tersebut menggunakan kasut di bahagian badan sehingga meninggalkan kesan lebam.

Terbaru, susulan dari penularan report berkenaan, akaun Instagram milik Aliff Syukri menjadi perhatian netizen,

Kebanyakan mereke menyerang ruangan komen Aliff di beberapa posting terakhirnya sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.

Tidak kurang juga ada segelintir di antara mereka yang menghamburkan kata-kata kesat kerana terlalu marah dengan berita berkenaan

Via Gempak

Difahamkan Aliff akan mengadakan sidang media tergempar di Kota Damansara petang khamis ini bagi penjelasan berhubung report polis terbabit yang dikaitkan dengannya .

Aliff dan Shahida telah disatukan pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawiserta dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.