fbpx
Now Reading
Kejar Publisiti Murahan, Usahawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat

Kejar Publisiti Murahan, Usahawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/bunga.aprell/videos/2875203579262599/

Kecoh media sosial apabila seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa telah memukul anak angkatnya

Menerusi satu laporan polis yang viral di media sosial ketika ini, perilaku tak berperikemanusian itu dikatakan dilakukan hanya untuk merakam gelagat anak angkatnya itu menangis untuk tujuan publisiti.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di kediaman mereka di Petaling Jaya sebelum pembantu rumahnya yang juga merupakan saksi kejadian membuat laporan polis sehari kemudian.

Memetik dari Harian Metro, pihak polis sudahpun merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia dua tahun, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada Isnin (2 Mac) untuk memberi keterangan.

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.