fbpx
Now Reading
“Kenyataan Saya Disalah Tafsir Segelintir Pihak !” – Syifa Melvin Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Sesiapa

“Kenyataan Saya Disalah Tafsir Segelintir Pihak !” – Syifa Melvin Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Sesiapa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Syifa Melvin hari ini menjadi topik hangat selepas dia didakwa memperlekehkan golongan kurang berkemampuan.

Semuanya bermula apabila satu klip video yang viral di laman Twitter memperlihatkan Syifa yang sedang menggayakan turban ekslusif berkata sesiapa sahaja yang memakai turban itu secara automatik akan nampak mewah walaupun mereka hanya duduk di rumah setinggan dan  Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

Baca artikel berkaitan : Syifa Melvin Dikecam, Didakwa Hina Golongan Setinggan dan PPRT

Enggan memanjangkan isu, Syifa bertindak memohon maaf atas salah faham yang berlaku ekoran dari kenyataannya itu mengenai penduduk rumah setinggan dan penghuni PPRT.

Memetik mStar, Syifa atau nama betulnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin sudah mengakui kesilapannya, meskipun dia sebenarnya tiada langsung niat untuk mempersenda atau merendahkan mana-mana pihak.

“Sejujurnya saya bukan nak menghina sesiapa yang duduk di rumah setinggan atau PPRT. Tidak sama sekali dan jauh di hati saya nak menghina.

“Tapi bila orang dah salah faham, saya perlu bertanggungjawab. Saya minta maaf atas salah faham yang berlaku. Saya tidak ada niat nak berkata begitu.

“Apa yang saya maksudkan adalah mengenai jenis kain dan warna turban itu yang nampak mahal. Di mana saja anda pakai turban itu akan memberikan keyakinan diri.

“Itu sebenarnya maksud saya. Tetapi kenyataan itu disalah tafsir segelintir pihak. Apa-apa pun, saya akui ia tetap salah saya,” katanya kepada portal berkenaan.

Dalam pada itu, Syifa berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya minta tolong kepada semua pihak jangan membuat spekulasi sendiri dengan penulisan anda yang tidak betul.

“Nanti hanya menambahkan dosa netizen yang hanya membaca dan menilai daripada penulisan itu sedangkan saya tidak bermaksud sebegitu.

“Bila anda tulis cerita tak betul, anda yang menambah dosa sendiri dan orang lain juga,” ujarnya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.