fbpx
Now Reading
Nak Dapat Wang Tunai Tambahan Bulan Ini? Ini Cara Mudah Yang Korang Boleh Lakukan

Nak Dapat Wang Tunai Tambahan Bulan Ini? Ini Cara Mudah Yang Korang Boleh Lakukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat pendengar radio Era, Sinar dan Gegar dimana pada bulan ini, mereka akan menganjurkan pertandingan-pertandingan menarik dengan hadiah berupa wang tunai seperti : JoHara Beat (9 – 20 Mac) di Era, Satu Kata SINAR (9 – 20 Mac) di Sinar dan Karaoke GEGAR Putiq (8 – 26 Mac) di Gegar.

Jadi untuk mereka yang selalu dengan 3 radio ini, ini peluang baik anda untuk buat duit kan? Hehe

Bagi yang merasakan sukar untuk menyertainya kerana takde radio dekat dengan korang, jangan risau kerana anda kini boleh strim semua siaran radio ini diaplikasi Syok terus ke telefon anda!

Takde Aplikasi Syok? Tak jadi masalah ! Anda boleh download di sini untuk pengguna IOS dan di sini untuk pengguna Android

Jadi untuk ketahui cara-cara nya. Apa kata ikuti langkah-langkah yang kami senaraikan di bawah untuk ketiga-tiga peraduan :

#1 JOHARA BEAT di ERA (9-20 Mac)

  1. Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  2. Personaliti ERA akan membaca senarai wang tunai dalam amaun-amaun berbeza tanpa mengikut turutan.
  3. Peserta perlu menghentikan personaliti ERA dengan menyatakan perkataan “JoHaRa”, pada bila-bila masa sebelum bunyi letupan bom dimainkan.
  4. Peserta akan membawa pulang amaun terakhir yang dibaca oleh personaliti ERA, sebelum peserta menyatakan “JoHaRa”.
  5. Jika peserta belum menyatakan perkataan “JoHaRa” dan bunyi letupan sudah dimainkan, peserta akan dikira kalah dan tidak membawa pulang sebarang wang tunai.

#2 SATU KATA SINAR di Sinar (9-20 Mac , dengarkan di Radio atau di aplikasi Syok)

Langkah-langkah :

  1. Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  2. Berikan maksud perkataan yang disebut oleh personaliti SINAR dalam tempoh 10 saat, peserta dibenarkan memberi seberapa banyak jawapan dalam tempoh tersebut.
  3. Jika jawapan betul, peserta akan membawa pulang wang tunai RM250 atau jumlah wang yang terkumpul seperti yang diberitahu oleh personaliti SINAR.
  4. Jika tiada jawapan yang betul bagi pusingan itu, hadiah wang tunai akan ditambah ke pusingan seterusnya.

#3 Karaoke GEGAR Putiq bersama Asif dan Yoe Parey ( 8-26 Mac, dengarkan di Radio atau aplikasi Syok)

  1. Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  2. Dapatkan pembayang untuk lagu yang dicari melalui GEGAR ‘Instagram Stories’ (@gegar.my)
  3. Berikan tajuk lagu yang betul dalam masa 10 saat. Dalam tempoh 10 saat, peserta boleh  dibenarkan meneka seberapa banyak lagu dalam tempoh tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.