fbpx
Now Reading
Kongsi Nangis Darah Di IG, Aliff Syukri Tiru Konsep MV Billie Eilish, When The Party’s Over? [Video]

Kongsi Nangis Darah Di IG, Aliff Syukri Tiru Konsep MV Billie Eilish, When The Party’s Over? [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi topik hangat netizen selepas memuat naik posting gimik ‘menangis berdarah’ di Instagram miliknya dengan tujuan untuk mempromosikan single terbarunya Ku Ingin Bahagia

Video berkenaan yang sebenarnya merupakan teaser pendek bagi muzik video lagu terbabit mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.

Ada sesetengah netizen yang mengecam tindakannya seolah-olah mahukan populariti murahan dan ada juga segelintir yang merasakan usahawan kosmetik ini seorang yang gilakan perhatian.

Namun dalam banyak-banyak di antara mereka, ada beberapa orang yang menyedari satu perkara iaitu konsep video tangisan berdarah oleh Aliff Syukri itu seakan sama atau dalam kata mudahnya meniru muzik video ‘When The Party’s Over’ nyanyian Billie Eilish yang di muat naik di akaun YouTube penyanyi terkenal berkenaan pada 25 Oktober 2018

Memang diakui terdapat persamaan seperti dakwaan tersebut terutamanya sewaktu efek cecair berkenaan keluar dari mata kedua mereka .

Apa yang membezakan hanyala warnanya dimana Aliff kelihatan seperti tangisan berdarah dengan warna merah pekat manakala Billie Eilish memilih cecair berwarna hitam seakan tangisan seorang wanita ’emo’

Menerusi satu kenyataan Aliff sebelum ini, lagu nya dijangka akan mula diperdengarkan pada malam ini tepat jam 12.


 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.