fbpx
Now Reading
Tom Hanks dan Isteri, Rita Wilson Positif Koronavirus

Tom Hanks dan Isteri, Rita Wilson Positif Koronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9nVasnBNF5/

Penularan COVID-19 dilihat semakin membimbangkan. Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian yang melibatkan Koronavirus itu kini telah melebihi 3840 di seluruh dunia. 

Angka yang dijangkiti juga sudah melepasi paras 125,000 sehingga memaksa Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) mengumumkan wabak ini adalah pandemik.

Bukan sahaja golongan biasa malahan ramai pegawai penting kerajaan dari pelbagai negara sudah dijangkiti wabak ini antaranya Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli parlimen Iran, Menteri Kesihatan United Kingdom dan ramai lagi .

Baca artikel berkaitan : Menteri Kesihatan UK Disahkan Positif Koronavirus

Terbaru aktor Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson turut disahkan positif jangkitan COVID-19.

Kedua-dua pelakon itu difahamkan dijangkiti ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.

Menerusi Instagram, Hanks memberitahu bahawa mereka mengalami simptom keletihan dan sakit badan selain selesema.

Sepanjang tempoh itu dia dan isteri akan dipantau dan dikuarantin untuk satu tempoh yang lama dan mereka akan mengikut protol serta mengambil langkah-langkah keselamatan seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan

Australia setakat ini sudah mencatat 127 kes positif jangkitan COVID-19 dengan tiga kematian.

Orang ramai sedang beratur di luar Royal Melbourne Hospital untuk diuji simptom covid19 mereka Foto: Dailymail

Foto Header : CNN Entertainment

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.