fbpx
Now Reading
Diana Danielle Persoal Kemenangan King Coco Sebagai Ketua Srikandi Bagan Serai?

Diana Danielle Persoal Kemenangan King Coco Sebagai Ketua Srikandi Bagan Serai?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Datin Diana Danielle baru-baru ini memuat naik satu kenyataan yang menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.

Menerusi Twitter, Diana seakan meragui kredibiliti seseorang yang telah dipilih untuk menjadi suara masyarakat bagi kawasan Bagan Serai, Perak.

“Saya sangat marah, saya datang dari Bagan Serai. Saya fikir ini adalah keputusan yang paling tidak bertanggungjawab untuk membenarkan orang yang berpengaruh/ mencari perhatian untuk menjadi suara rakyat.

“Adakah dia tahu betapa besar tanggungjawabnya? Apa kelayakannya? Ini bukan benda lawak.

“Saya mempersoalkannya, anda memerlukan seseorang yang lebih berat menjadi wakil rakyat,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, ramai netizen mengaitkan tweet tersebut dengan King Coco.

Poster pencalongan King Coco yang tular di media sosial sebelum ini.

Ini kerana instafamous itu baru sahaja memenangi pemilihan sebagai Ketua Srikandi PPBM Bagan Serai bagi sesi 2020/2022 menewaskan dua pencabarnya dengan 62 undi.

Baca artikel berkaitan : Rupanya King Coco Sudah memenangi pemilihan Ketua Serikandi PPBM Bagan Serai

Kebanyakan pengguna Twitter juga seakan bersetuju dengan kenyataan Diana dengan menyatakan tidak wajar memilih seseorang hanya berdasarkan populariti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.