“5 Hari Dalam ICU Operate Buang Air Bertakung Kat Jantung Aku ” – Amyza Aznan Kongsi Mesej Arwah Maya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita pemergian penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari benar-benar mengejutkan ramai orang. Arwah yang selama ini disangka sihat sebenarnya menyimpan satu rahsia bahawa dia sebenarnya menghidap penyakit kanser
Namun beberapa rakan rapatnya didalam industri antaranya pelakon Amyza Aznan sudah mengetahui sakit arwah yang bagaimanapun memilih untuk merahsiakan kisah penderitaannya dari diketahui umum.
Malah menurut Amyza, rakannya yang mula dikenali dengan lagu Matahari itu juga sebenarnya sudah bertarung dengan sakitnya sewaktu menyertai program Gegar Vaganza pada 2018.
“Ya Ayalija (panggilan Maya), masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan, tapi hari ini (semalam), Aya dah tak sakit lagi kan.
“Aku tunaikan amanah aku pada kau, rahsiakan sakit kau, tapi hari ini (semalam) tolong bagi aku jumpa kau,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Menerusi entri tersebut, Amyza turut berkongsi rakaman persembahan arwah ketika menyanyikan lagu Hilang Segalanya ketika konsert minggu kedua Gegar Vaganza.
Dalama masa sama, pelakon itu turut berkongsi screenshot perbualan mesej yang dihantar oleh Maya memaklumkan kondisi dirinya yang difahamkan sekitar November lalu.
“Mija (panggilan Amyza), aku baru keluar hospital Rabu lepas. Lima hari dalam ICU (Unit Rawatan Rapi) pembedahan buang air bertakung di jantung dan paru-paru aku,” tulis Maya menerusi kiriman WhatsApp kepadanya.
Terdahulu Maya dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang semalam di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor.