fbpx
Now Reading
“Bantu Kata Riak, Tak Bantu Kata Jahat, Nak Apa Sebenarnya?” – Aliff Syukri

“Bantu Kata Riak, Tak Bantu Kata Jahat, Nak Apa Sebenarnya?” – Aliff Syukri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-EH1RepxAW/https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2584456718510851?__xts__%5B0%5D=68.ARBkNwi2aetP2Nzo96LMIA6WUSgknxTcC-_3zjFxtiG7w2fPdyqd4mA48enSxW6JHQrzJVvGN6_RzjishwWn6WfTD-ZwILRIKdvQ4L--csh59kygWRJqRaapVwDX40ErphLmVo4f6nvoPubzKiEgLrDkdf90E38j_2lJcXfV647H9njjj5TY45eN4t4Y3qK-Beslqpg2zuffpH9jde4_ackxEAxGCf1mdqJ30yhTbWYNhsf5WrfVlchZHZSI0SeVLforeHAzdIrZG2ju-v5NOZSsZXLehQ92lpINuRqUOFjV0rJrNcrVzFdd4ZCiH565E1XeLJMxPB3BcfqMamvhdbkuS9LT&__tn__=-R

Nampaknya nama Aliff Syukri memang tidak lekang di kalangan masyarakat. Selepas reda dengan beberapa kontroversi nama usahawan kosmetik ini sekali lagi menjadi topik perbualan netizen.

Namun berbeza dari sebelumnya, kali ini nama Aliff disebut-sebut selepas satu posting dari page Public Health Malaysia yang meminta bantuan darinya dan satu lagi usahawan, Dato Seri Vida untuk menderma dalam mendapatkan ventilator tambahan.

Ekoran dari itu ramai netizen terpanggil membuat gesaan meminta Aliff untuk membantu pihak KKM memandangkan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dilihat sudah terlalu meruncing.

Namun dalam masa sama ada segelintir masyarakt yang melemparkan tuduhan seolah-olah dia langsung tidak ambil peduli dengan apa yang sedang terjadi di dalam negara.

Terbaru, Aliff Syukri tampil menjelaskan apa yang terbuku di hatinya selepas mendapat gesaan terbabit.

Padanya dia dari banyak menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan tanpa menghebahkan kepada orang ramai.

“Susah saya nak puaskan hati orang.. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya, saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. 

“Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah. 

“Baru-baru ini tular dengan mengatakan bahawasanya saya tidak membantu orang di dalam kesusahan. Dan di dalam masalah korona (COVID-19). 

“Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yg susah dlm penyakit cronola korona ini. 

“Dan orang mengatakakan saya tidak membantu. Saya meriyak(riak) dan sebagainya. Jika saya bantu korang kata saya riyak (riak), jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat live, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?

“Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab saya tak nak orang cakap saya riyak mak saya pun dah pesan,” katanya.

Menerusi posting itu Aliff turut membuka ruang kepada orang ramai yang memerlukan bantuannya untuk menyalurkan maklumat berkaitan dari semasa ke semasa.

“Ok dah, kalau begitu berapa ramai korang nak saya bantu dan saya tambahkan lagi RM30,000. 

“Kepada Public Health Malaysia tolong hubungi pengurus peribadi saya untuk bantu. Jangan cakap abg tak bantu lagi tau,” tambahnya yang memberikan respon terhadap posting akaun rasmi agensi terbabit.

Terbaru pihak PHM mengesahkan Aliff Syukri ingin membantu dan sudahpun berhubung dengan pihak KSU KKM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.