fbpx
Now Reading
“Hati Saya Macam Dijentik Allah” – Gadis Trivago Kini Bertudung

“Hati Saya Macam Dijentik Allah” – Gadis Trivago Kini Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B96nzOJlBc1/

Sebut sahaja iklan trivago pasti semua orang terbayangkan model cantik pada iklan tersebut. Gadis trivago tersebut, Dahlia yang juga pengacara HLive! itu difahamkan kini sudahpun berhijab.

Memetik Gempak, Dahlia atau nama betulnya Dahlia Shazwan Mohd Amin berkata dia sebenarnya sudah memasang niat untuk berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.

Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.

“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
 
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” cerita Dahlia kepada portal berkenaan

Imej baru nya itu mula ditonjolkan kepada publik selepas Dahlia bersiaran secara lansung bersama Hlive beberapa hari lalu.

Menerusi Instagramnya, Dahlia juga sudah dilihat memuat naik gambar terbarunya yang manis bertudung dalam masa sama turut memuat naik kapsyen yang berbunyi : ” Dari hujung from the bottom of my heart, thank you pada semua yang mendoakan. Love you all! “

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.