fbpx
Now Reading
“Peminat Tak Bagi Saya Duit” – Beego Bidas Komen Peminat

“Peminat Tak Bagi Saya Duit” – Beego Bidas Komen Peminat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya isu membabitkan golongan selebriti dan segelintir netizen tidak lagi reda, malah semakin menjadi-jadi sehingga ada kalangan selebriti yang sebelum ini tidak ambil ‘port’ dalam isu terbabit mula meluahkan rasa terkilan selepas profession mereka berterusan di kecam oleh segelintir netizen

Terbaru, pelakon Beego turut dilihat melakukan perkara yang sama. Menurut nya golongan penggiat seni sepertinya masih dapat meneruskan kelangsungan hidup bukan semata-mata bergantung kepada peminat. 

Malah bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballers ini turut menyatakan individu yang sentiasa bersamanya ialah keluarga dan sahabat dan bukannya peminat.

“Kamu silap. Selama ini kami survived bukan kerana peminat. Peminat tak bagi kami duit.

“Pengikut Instagram saya tak ramai. Siapa selama ini ada bersama saya? Kawan-kawan dan keluarga,” jelasnya.

Kenyataan ini sebagai tanda respons Beego selepas seorang pengikutnya di Facebook menyatakan ‘artis perlukan peminat untuk popular’

Dia juga terpalit sebab gelaran ‘artis’

Tambah Beego, apa yang lebih mengecewakan pada nya apabila ada kalangan dalam kalangan ahli keluarganya yang dilihat tidak sensitif dalam memberikan pendapat mengenai isu hangat yang melanda golongan penggiat seni dan netizen.

“Tiga empat hari ni penuh orang komen pasal Persatuan Seniman Malaysia dan artis Malaysia.

“Aku tahu bukan semua yang netizen maksudkan, aku faham… Yang aku tak fahamnya ada saudara mara yang nak juga jadi netizen tanpa ada sensitiviti yang mungkin aku ni boleh terasa juga sedikit sebanyak.

“Sebab gelaran artis tu terpalit pada aku yang dah suam-suam kuku ni.

“Jangan tanya kenapa aku unfriend pastu jumpa tengok muk korang pun aku tak nak.

“Aku hanya manusia lemah… ingat, cubit peha kanan, kiri terasa,” tulis Beego.

‘ Siap ada karikatur sampan ‘

Foto sampan yang dimaksudkan Beego

Rasanya netizen dah boleh kot berhenti mengecam golongan selebriti, sebab tanpa mereka sedar sedari komen berunsur kecaman yang berterusan hanya akan mengeruhkan lagi keadaaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.