fbpx
Now Reading
Selain Puteri Aishah, Rakan Krew Dan Pengarah ‘Demi’ Turut Positif Covid-19

Selain Puteri Aishah, Rakan Krew Dan Pengarah ‘Demi’ Turut Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan pada malam tadi dikejutkan dengan berita pelakon cantik, Puteri Aishah yang disahkan positif Covid-19. Sebelum dia, seorang lagi selebriti yang telahpun disahkan positif sebelum ini adalah penceramah bebas dan pelakon, PU Riz

Terbaru Harian Metro melaporkan terdapat lagi 4 krew termasuk pengarah , Rahila Ali yang terlibat dalam produksi bersama Puteri Aishah turut dilaporkan positif dijangkiti virus tersebut.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Rahila yang dihubungi portal berkenaan.

“Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.

“Kami tidak ada simptom seperti demam dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.

“Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan,” jelas Rahila kepada Harian Metro.

Sebelum ini Rahila bersama 18 orang kru dan barisan pelakon drama ‘Demi’ telah berlepas ke Scotland pada 9 Mac untuk menjalani penggambaran drama tersebut.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut berada di sana ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Difahamkan mereka ‘terbang’ kesana sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.