fbpx
Now Reading
Akibat Tersasul Sebut ‘Bagus Ada Public Figure Dijangkiti Korona Virus’, Ada Netizen Doakan Janna Nick Dijangkiti

Akibat Tersasul Sebut ‘Bagus Ada Public Figure Dijangkiti Korona Virus’, Ada Netizen Doakan Janna Nick Dijangkiti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Janna Nick menjadi bualan hangat di media sosial semalam selepas dikatakan tersasul menggunakan perkataan yang kurang sesuai sewaktu sedang bersiaran langsung bagi rancangan hiburan Melodi

Difahamkan Janna tersilap dengan menyebut “Bagus juga jika ada public figure yang dijangkiti korona ni, boleh sebarkan kesedaran dan keadaan duduk dalam hospital tu.”

Dia bagaimapun telah membuat permohonan maaf sejurus menyedari kekhilafan dalam penggunaan ayatnya.

“Minta maaf, saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Ayat yang patut diubah ialah perkataan ‘bagus’ tu.

“Perkataan sepatutnya ialah ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena Korona Virus supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan creat awareness betapa bahayanya virus ini.

“Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan,” katanya pada penghujung siaran langsung rancangan itu.

Namun begitu permohonan maaf dilihat tidak meredakan keadaan apabila netizen berterus mengecam tindakannya.

Tidak berhenti disitu sahaja ada netizen Twitter yang mendoakan agar pengacara dan pelakon cantik itu agar dijangkiti wabak maut tersebut.

Co-host Melodi, Awal Ashaari kemudian meminta orang ramai agar melupakan isu ini.

Menurutnya Janna sebenarnya ingin menyampaikan mesej berbeza kepada penonton namun hanya tersilap menggunakan ayat.

“Tadi tu salah pentafsiran, kalau sesama kita membawang saya fahamlah. 

“Tapi maksud Janna orang kena Corona Virus ni boleh berkongsi pengalaman mereka supaya kita tahu betapa seriusnya wabak ini.

“Itu maksud Janna. Jadi, Janna pun sudah minta maaf, kita bolehlah drop topik ini,” tambah Awal.

Apa-apa pun kesilapan Janna Nick hanyala satu isu kecil yang tidak disengajakan, jadi untuk mendoakan nya sebegitu rupa adalah satu perkara yang sangat tidak wajar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.