Astro Lancar Saluran Khas ‘Stay Home Concert’ Bermula 14 April

Berita baik buat semua pelanggan Astro kerana bermula esok, 14 April sehingga 28 April anda boleh menikmati saluran muzik dan konsert baharu, ‘Stay Home Concert’ menerusi CH700 sama ada melalui on demand dan secara penstriman di aplikasi Astro GO.

Yang menariknya menerusi saluran ‘Stay Home Concert’ ini, pelanggan akan disajikan dengan pelbagai konsert terbaik dari artis tempatan, antarabangsa dan K-Pop dengan kerjasama Universal Music Malaysia, Warner Music Malaysia, MTV, ONE TV Asia, K-Plus, Malaysian Philharmonic Orchestra dan banyak lagi.

Bukan setakat konsert sahaja, anda juga bakal disajikan rancangan menarik seperti siri muzik global, rancangan muzik popular Korea, dokumentari istimewa serta biopik, muzik dari genre kanak-kanak, wawancara bersama artis, dan persembahan akustik ‘unplugged’ khas, terus dari ruang tamu masing-masing.

Antara konsert antarabangsa termasuklah: Coldplay Live in Sao Paolo, Ed Sheeran Jumpers for Goalposts: Live at Wembley Stadium, U2 360° at the Rose Bowl, Taylor Swift – Speak Now World Tour Live Concert, Spice Girls – Live at Wembley Stadium, Katy Perry – The Prismatic World Tour Live, Eminem – Live From NYC, Muse on MTV’s World Stage, dan banyak lagi

Tayangan istimewa One World: Together At Home yang dihoskan Jimmy Fallon, Jimmy Kimmel dan Stephen Colbert, dengan kemunculan Lady Gaga, Billie Eilish, Shah Rukh Khan, Lang Lang, David Beckham, Idris dan Sabrina Elba, Stevie Wonder dan ramai lagi. 

Ikon muzik malar segar The Beatles – Live at the Washington Coliseum dan The Eagles Live in Melbourne dan banyak lagi.

Sensasi K-Pop seperti BTS, BLACKPINK, Twice, Red Velvet, EXO, GOT7, Seventeen dan banyak lagi di SBS Gayo Daejon 2019 & 2018, SBS Super Concert series, MBC Korean Music Festival 2019, 2019 KCON NY.

Penghibur tersohor Sammi Cheng dalam Sammi Touch Mi 2 Live dan Grasshopper dalam Grasshopper Live Goes On World Tour 2017.

Sesi akustik di MTV Unplugged bersama Elton John, Liam Gallagher dan Shawn Mendes serta Ria Unplugged bersama artis-artis lokal.

Konserta dari lagenda tanah air

Lagenda tanah air seperti Sheila Majid, M. Nasir, Ramli Sarip, Wings, KRU and Anuar Zain, dan Konsert Gergasi KRU 25, 25 Years of Sheila Majid, Konsert Wings: Best of Rock, Konsert Zaman Ramli Sarip 1 & 2, Konsert Throwbaek 2019 dan konsert oleh penyanyi-penyanyi lokal berbangsa India, Endrume Raja Concert 2017, Ellorum Kondaduvom Concert 2016, dan banyak lagi.

Dokumentari dan rancangan hiburan istimewa seperti Fenomena Gergasi KRU25, Pesta Muda Mudi, BTS Entertainment Chronicles, temubual Korek Fizikal bersama M Nasir, Yuna, Noh Salleh, Monoloque, biopik istimewa Saloma: Mencuri Guruh & Pandang Kaseh dan banyak lagi.

Konsert khas buat kanak-kanak bersama Daiyan Trisha dalam Dee Telemovie serta konsert Tong Tong Wonderland – The Five Elves: A Magical Journey Musical Show and Happy Castle Live Concert Special, dan banyak lagi.

Tujukan pesanan anda kepada frontliners di sini!

Dalam pada itu, mulai 19 hingga 28 April, pelanggan Astro boleh menunjukkan sokongan mereka kepada pekerja barisan hadapan dengan menujukan pesanan istimewa sebagai kata-kata semangat melalui saluran istimewa ini.

Hantarkan pesanan kepada pekerja barisan hadapan melalui aplikasi Twitter dengan tanda pagar #TQFrontliners #AstroStayHomeConcert.

Pelanggan Astro juga boleh memberi sumbangan melalui ‘Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 Sinar Harian’. Untuk maklumat lanjut mengenai tabung sumbangan ini, layari www.ideaktiv.com/tabung-bantuan-frontliners-covid-19/.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago