fbpx

Mira Filzah Akui Sudah Berpunya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya teka teki peminat mengenai status Mira Filzah sudah terjawab apabila dia mengesahkan status dirinya yang sudah pun berpunya malah kedua-dua keluarga telah pun bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

Perkara itu dikongsikan aktres cantik itu sewaktu sedang bersiaran langsung bersama Ustazah Asma’ Harun bagi satu program bual bicara santai di laman Facebook pendakwah itu pada Ahad.

“Iya… dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” terang Mira secara ringkas.

Selepas medengar jawapan dari Mira, ustazah Asma terus berkongsi bahawa menurut agama Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan.

“Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunang la tu… dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.

“InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga.

Terdahulu Mira Filzah memilih berdiam diri selepas timbul ura-ura mengatakan dia sudah dirisik dan bakal melangsungkan pertunangan pada tahun ini bersama Wan Emir, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) Datin Mastura Mohd Yazid

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.