Aktres Cantik, Fazura Kini Hamil Empat Bulan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon cantik, Nur Fazura Sharifuddin hari ini berkongsi berita gembira kepada peminat dan orang ramai yang dirinya kini hamil.
Menerusi instagram Fazura memberitahu, selepas 2 tahun melangsungkan perkahwinan bersama suami, pelakon Fattah Amin dia kini sedang hamil 4 bulan .
“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin, ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.
“InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.
Tambahnya lagi, dia optimis yang waktu ini sememangnya bersesuaian buat dia dan Fattah menimang cahaya mata.
“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. ” tulis Fazura sebagai kapsyen
Fazura dalam masa sama turut mengucapkan rasa terima kasih kepada semua yang sentiasa menititpkan doa untuknya dan Fattah.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.
“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua” tulisnya mengakhiri penulisan.
Terdahulu Fattah dan Fazura disatukan pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara pada 26 November 2017.
Tahniah buat Fazura dan Fattah Amin. Selamat menempuhi fasa kehamilan!