fbpx
Now Reading
Risteena Rindu Bersuap Makan Dengan Isa Khan

Risteena Rindu Bersuap Makan Dengan Isa Khan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lama tak dengar mengenai pasangan ‘manis bergula’ Risteena Khan dan tunangnya pelakon Isa Khan.

Jika sebelum ini nama mereka menjadi topik hangat selepas tularnya video yang dimuat naik Risteena yang memaparkan ‘layanan 1st class’ yang diterimanya oleh Isa antaranya mengikatkan rambut, memotong kuku malah mencucikan kaki.

Malah dia menyifatkan dia wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan pelakon kacak tersebut.

Terbaru susulan dari PKP Risteena meluahkan kerinduan untuk makan bersama tunangnya itu.

Menerusi Instagram, Risteena meluahkan yang dia akan menjadi lebih berselera seandainya ada yang sudi menyuapnya makan. Bersama posting tersebut, pelakon cantik itu turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya disuap mesra oleh Isa.

Nampaknya pasangan ini harus bersabar lebih lama untuk berjumpa kembali, apa-apa pun peminat pasti tak sabar nak lihat mereka ini disatukan sebagai pasangan suami sendiri.

Risteena dan Isa sebelum ini mengumumkan yang mereka sudah pun mengikat tali pertunangan sewaktu bercuti di Bali, Indonesia pada penghujung tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.