fbpx
Now Reading
“Saya Keluar Beli Barang Tapi Masih Dalam Radius 10 Kilometer” – Fikry Ibrahim

“Saya Keluar Beli Barang Tapi Masih Dalam Radius 10 Kilometer” – Fikry Ibrahim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pelakon Fikry Ibrahim baru-baru ini menjadi sebutan orang ramai selepas viral video seorang lelaki yang dipercayai miripnya telah di arahkan membuat u-turn oleh pihak polis selepas gagal menunjukkan bukti alamat kediaman dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19.

Dia bagaimapun tidak memberikan sebarang respons dan bertindak mengunci mulut walaupun ditanya oleh orang ramai yang inginkan kepastian memandangkan wajah lelaki didalam video berkenaan tidak kelihatan kerana mengenakan topeng muka.

Terbaru, Fikry atau nama betulnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, akhirnya membuka mulut dan mengakui dia adalah individu di dalam video tersebut

Dia bagaimanapun menjelaskan yang dia ketika kejadian tidak membuat sebarang kesalahan atau dalam erti kata lain melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer.

“Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan.

“Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn.

“Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakam etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu,” katanya menerusi satu sesi IG Live bersama Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fikry turut memberitahu yang dia tidak menyimpan perasaan marah  walaupun dituduh dan dikecam netizen di IG miliknya kerana memahami keadaan mereka.

“Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stress dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya.

“Sebenarnya saya tak nak keluarkan kenyataan ketika itu kerana bimbang bertambah riuh. Tak ada apa-apa pun, semuanya hanya salah faham sahaja.

“Tapi tak semua orang yang bersangka buruk selepas betul-betul menonton video itu,” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.