fbpx
Now Reading
“Jangan Bawa Saya Masuk Dalam Hal Ini” – Khai Bahar

“Jangan Bawa Saya Masuk Dalam Hal Ini” – Khai Bahar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_xclXyDZHa/

Rasanya peminat dunia hiburan pasti tahu yang konsert solo Khai Bahar ‘Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya’ yang sepatutnya berlangsung pada 27 dan 28 Mac lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan penularan Covid-19 adalah terbitan Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, syarikat milik Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy.

Namun isu yang membabitkan Kak Ogy dan barisan pelakon serta kru produksi teater Korupsi Dewan Senandung ketika ini sedikit sebanyak membuatkan Khai sedikit tertekan apabila ada pihak yang meminta dia untuk memberikan kenyataan atas kemelut yang berlaku.

Menerusi Instagram, Khai akhinya tampil mengeluarkan satu kenyataan dan berharap agar namanya tidak terpalit dengan isu tersebut

“Saya sebenarnya tak nak buat pun video ni, saya tak nak masuk campurpun hal-hal begini”

“Bagi individu yang ingin menuntut hak untuk setiap kerja yang dibuat dan tidak dapat apa yang dijanjikan itu adalah urusan mereka. Saya rasa tindakan mereka wajar. Sesiapa saja apabila melakukan sesuatu kerja mesti mahukan pulangan masing-masing.

“Namun dalam situasi saya sekarang, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kak Ogy sepanjang kami bekerja dan berkenalan. Saya juga dapat menuntut ilmu dan perkara positif daripadanya,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Dengan penjelasan itu dia juga berharap tiada lagi pihak yang mendesaknya untuk memberikan kenyataan apatah lagi itu bukan urusannya.

“Saya menerima banyak mesej di media sosial. Namun, saya rasa tiada sebab untuk masuk campur dan saya mohon jangan desak untuk saya terbabit sekali dalam isu ini. Saya agak bingung.

“Sekarang ni bulan puasa, saya nak fokus dengan ibadah saya. Saya minta maaf kalau saya ada mengguris hati mana-mana pihak,” kata Khai .

Menerusi video itu dia turut menyanyikan beberapa rangkap lirik lagu Setanggi Syurga, lagu terbaru nyanyiannya bersama kolaborasi penyanyi asal iaitu kumpulan InTeam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.