fbpx
Now Reading
“Doakan Kami Dapat Bahagia Semula” – Selepas 4 Bulan Aliff Syukri Pulang Ke Pangkuan Isteri

“Doakan Kami Dapat Bahagia Semula” – Selepas 4 Bulan Aliff Syukri Pulang Ke Pangkuan Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_9qjLPp7KA/

Selepas 4 bulan berjauhan dari isteri dan anak-anak, usahawan kosmetik, memberi bayangan kepada orang ramai yang hubungan rumah tangganya dengan isteri Datin Seri Nur Shahidah sudah kembali pulih.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff menjelaskan tempoh empat bulan berjauhan dari isteri dan anak-anak membuka matanya akan kekurang dirinya.

Tambahnya dia memillih untuk membuang ego lelakinya dan kembali kepada bersama keluarganya.

“Rindu sangat nak peluk anak saya Raudah… lama saya menyepi, bukan merajuk cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup

“Empat bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Aliff turut berkata kemelut yang melanda rumah tangganya sebelum ini bukanlah satu gimik dalam meraih publisiti.

Namun semua itu mengajarnya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih matang dan mengutamakan keluarga lebih dari segalanya. Tambah Aliff bulan Ramadan ini telah memberi satu erti yang besar buatnya.

“Apa yang berlaku bukan gimik untuk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga. Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur Alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya.

“Saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri saya, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadhan ni memberi erti yang besar pada saya,” tulisnya.

Terdahulu rumah tangga Aliff Syukri dan isteri Nur Shahida menjadi topik hangat netizen selepas mereka dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.