fbpx
Now Reading
“Nyanyian Saya Menitiskan Air Mata Kamu Bukan Kerana Kasih Pada Allah” – Alyah Nekad Henti Rakam Lagu Cinta

“Nyanyian Saya Menitiskan Air Mata Kamu Bukan Kerana Kasih Pada Allah” – Alyah Nekad Henti Rakam Lagu Cinta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CACB3GMB1Qj/

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini ke browser anda


Pasti semua orang bersejutu kalau kami katakan apa sahaja lagu yang dihasilkan penyanyi Datin Alyah atau nama betulnya Noor Hasliah Abu Hasan , pasti meletup dan menjadi siulan ramai.

Malah boleh dikatakan isteri kepada Pengarah Muzik terkenal Datuk Ramli MS ini begitu sinonim dengan lagu cinta.

Bagaimanapun, menerusi satu posting di Instagram bersempena Nuzul Quran, Alyah meluahkan rasa kesalnya atas pengaruh lagunya kepada orang selama ini.

Menurutnya kesemua lagunya itu hanya membuatkan meminat menitiskan air mata atas dasar cinta mereka kepada manusia dan bukan kepada Allah dan kepada rasulNya.

“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi. Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.

“Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt Bukan kerana para Rasul, mahupun para ilmuan agama” tulisnya.

Susulan dari itu dia nekad untuk berhenti dari merakam sebarang lagu yang berselitkan kisah cinta dan dalam masa sama memohon maaf atas kekhilafannya selama ini dalam mengejar populariti sebagai seorang penyanyi.

“Saya la yang berdosa saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada Maha Pencipta,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.