” Finas Terus Berdiam Diri” – Arash Mohd & Pengarah Shahrulezad Tuntut Penjelasan Finas

Di saat kebanyakan orang sudah pun mula menjalankan rutin harian seperti biasa dengan mematuhi SOP, industri perfileman iaitu aktiviti penggambaran filem antara aktiviti yang masih lagi kekal sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon berpengalaman, Arash Mohd yang meluahkan rasa kesalnya dengan berikutan tiada sebarang pencerahan daripada Finas dan  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM) berhubung hala tuju industri hiburan.

“Saya kesal dengan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Mereka terus berdiam diri sampai sekarang. Tidak ada sebarang penjelasan kepada kami, sedangkan sektor filem dan drama juga menyumbang kepada ekonomi negara.” kata Arash kepada Harian Metro

Mohon beri pencerahan kepada penggiat seni

Menurut Arash dia faham keadaan semasa yang dihadapi negara ketika ini namun dia dan penggiat seni yang lain berharap mereka di berikan pencerahan mengenai status bidang kerja mereka.

“Saya bukan sengaja atau suka-suka nak wujudkan isu. Saya dan penggiat seni lain semua faham mengenai bahaya pandemik Covid-19 dan kenapa arahan PKPB itu dibuat, tapi tolong beri pencerahan dan penjelasan berhubung status  bidang kerja kami.

“Sudah hampir dua bulan urusan kerja membabitkan penggambaran tergendala hingga ramai kru produksi berdepan masalah kewangan. Jadi, apa tindakan penyelesaian untuk kami berhadapan situasi ini,” soalnya .

Tak semua terima BPN

Tambah Arash atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee lagi, bukan semua penggiat seni sepertinya lulus menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan. Lebih memburukkan keadaan pendapatan mereka kini teruk terjejas kerana belum lagi dibenarkan bekerja

“Apa tindakan Finas untuk membantu mengatasi masalah ini? Jangan anak tirikan kami. Dalam hal ini, saya minta tolong KKM untuk beri penjelasan dan kata putus apa yang sepatutnya kami lakukan supaya boleh kembali bekerja termasuk mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) ditetapkan,” katanya.

Finas Hilang Dari Radar

Perkara sama turut dikongsikan penerbit dan pengarah yang sedang meningkat naik, Shahrulezad Mohameddin yang mendakwa Finas hilang dari ‘radar’ dan kekal menyepi semenjak PKP pertama diadakan

“Kami kini terumbang-ambing dan tiada petunjuk arah umpama satu keluarga besar yang hilang ibu bapa untuk memimpin pada hala tuju seterusnya. Keadaan ini sangat menyedihkan kami yang seakan terbiar dan tiada penjelasan untuk  tindakan lanjut untuk mengorak langkah semula.

Penggiat seni perlukan penjelasan

“Saya tahu bidang seni bukanlah industri penting sebagai peyumbang ekonomi negara, tetapi kami perlukan penjelasan berhubung bila aktiviti penggambaran boleh dimulakan dan apa langkah prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya boleh diguna pakai.

“Sampai bila urusan bidang kerja seni ini harus ditangguh kerana stesen TV juga perlukan karya drama baru untuk disajikan kepada penonton dan penggiat seni merangkumi penerbit, pengarah, pelakon serta kru produksi, kami perlu bekerja,”

Tambahnya lagi Finas seharusnya tidak bertindak mendiamkan diri sebaliknya harus tampil memberi penjelasan jika ada pakej rangsangan ekonomi sesuai untuk membantu penggiat industri seni tanah air.

Dalam hal ini, kami bukan mahu meminta- minta dan inginkan hak istimewa, tetapi sekadar nak tahu garis panduan sewajarnya untuk hala tuju terkini industri hiburan. Malah, dua drama terbitan saya juga tertangguh penggambarannya.

“Hiburan juga terapi kepada orang ramai yang tertekan akibat pandemik Covid-19 ini. Justeru, adalah wajar industri seni harus dipacu semula mengikut SOP diarahkan,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago