“Kontroversi Didik Saya Dekat Dengan Tuhan” – Isu Bantuan Artis Jentik Kesedaran Pada Nabil

Tiada siapa menyangka ‘perang besar’ mengenai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang membabitkan golongan selebriti dan netizen baru-baru ini boleh menerbitkan keinsafan pada diri seseorang.

Ini diakui sendiri oleh pelawak Nabil Ahmad apabila dia mendedahkan yang kontroversi tersebut membuka matanya tentang tahap keimanan dalam dirinya

Kontroversi adalah sebahagian dari kerjaya anak seni

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa kontroversi adalah sebahagian daripada kerjaya sebagai anak seni.

“Selagi bergelar artis, sampai bila-bilalah saya kena hadap perkara ini. Cuma apa yang saya nampak, kontroversi itu mendidik saya untuk lebih dekat dengan Tuhan dan al-Quran.

Bersyukur dengan isu tersebut

Tambah Nabil dia bersyukur dengan isu tersebut kerana ianya telah menjentik kesedaran dalam dirinya yang manusia kerap hanyut apabila dipuji namun bertindak sebaliknya apabila di hina.

“Sebenarnya, saya bersyukur dengan isu yang tercetus itu. Secara tidak langsung, ia menjentik kesedaran dalam diri ini.

Ubah perspektif diri

“Menurut seorang ustaz, jika kita seronok dengan pujian yang diberi dan kecewa dengan penghinaan, itu maknanya tahap keimanan kita masih lemah.

“Kenyataan itu bagaikan suatu tamparan buat saya. Ternyata, insiden itu mengubah perspektif saya untuk tidak terus hanyut dengan pujian dan rasa gundah apabila dikecam,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu Nabil antara selebriti yang terpalit dengan kontroversi Pakej Prihatin untuk penggiat seni yang menjadi pertikaian netizen.

Dia menerusi satu Instagram Live difahamkan telah menyokong pandangan yang diutarakan penyanyi Black yang mengusulkan kerajaan agar membantu penggiat seni sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati netizen yang kemudian bertindak menyerang akaun Instagram Nabil dengan kata-kata cacian memaksanya melakukan permohonan maaf.

Permohonan maafnya bagaimanapun disifatkan tidak ikhlas dan lebih untuk menyindir netizen .

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 hour ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 hour ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 hour ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago