fbpx
Now Reading
“Kalau Mampu Saya Nak Delete Semua Foto ” – Lisdawati Mohon Foto Lama Tak Bertudung Tidak Disiarkan

“Kalau Mampu Saya Nak Delete Semua Foto ” – Lisdawati Mohon Foto Lama Tak Bertudung Tidak Disiarkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat para wanita Islam yang sudah menutup aurat dan pernah bergelar seorang freehair, antara igaun mereka pastinya foto-foto lama sewaktu sebelum ‘berhijrah’ .

Perkara ini turut dirasai pelakon berpengalaman, Lisdawati yang sudah hampir 7 tahun berhijab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lisdawati mendedahkan hampir setiap hari dia berdoa mengharapkan tiada cerita-cerita lamanya sewaktu masih belum bertudung disiarkan kembali.

“Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit” merujuk kepada foto yang dimuatnaiknya di posting sama.

“Conteng sikit mana yang perlu”

Lisdawati yang menempa nama menerusi filem KL Menjerit turut memohon kerjasama rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram untuk tidak menyiarkan sebarang foto yang menampakkan auratnya.

Tambahnya lagi tiada masalah untuk mereka menyimpannya asalkan mereka menutup bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya.

“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun, jom kita jaga sama-sama kita. Conteng sikit mana yang perlu,” katanya.

Semoga Allah terima taubat saya

Tambahnya lagi sekiranya diberi peluang dia pasti akan memadam semua foto-foto dan video tersebut . Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini turut berharap yang segala dosa lampaunya diampunkan.

“Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan.

Semoga Allah SWT terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya,” sebelum mengakhiri penulisannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.