Ini Lagu Raya Pertama Di Malaysia, Memang Klasik Habis!

Bulan Ramadan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna kita bakal menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.

Kemeriahannya sudah pasti dirasai memandangkan negara kita sudah hampir dua tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suram ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Stesen radio tempatan juga sudah semakin kerap memainkan lagu-lagu raya sekali gus membangkitkan kembali semangat umat Islam untuk menyambut Hari Raya.

Mestilah! Lagu pun best-best bukan?

Namun pasti ramai bersetuju kalau kami katakan sehebat mana lagu raya yang dihasilkan masakini, lagu-lagu raya lama seperti nyanyian Saloma, Ahmad Jais , Tan Sri P. Ramlee dan lagu Sudirman kedengaran lebih nostalgik.

Persoalannya, tahukah korang apa lagu raya pertama di Malaysia? Mesti ramai terbayangkan biduanita Saloma.

Tidak sama sekali. Malah selamat kalau kami katakan majoriti anak muda zaman kini atau segelintir dewasa tidak pernah mendengarnya.

Lagu-lagu tersebut bukan sahaja jarang diperdengarkan di radio malah ramai tidak mengetahui kewujudannya.

Difahamkan sebenarnya terdapat lebih 300 lagu raya lama yang pernah dihasilkan dari tahun 30an – 70an. Namun kebanyakan lagu tersebut seolah hilang ditelan zaman.

‘Selamat Hari Raya’

Namun di antara semua lagu tersebut, terdapat satu lagu yang dikatakan sebagai lagu hari raya pertama yang pernah dirakamkan di Tanah Melayu.

Lagu ini yang berjudul Selamat Hari Raya telah dicipta oleh Tengku Alibasha@ Che Ara Bangsawan pada tahun 1936 dan dinyanyikan oleh penyanyi bangsawan, Allahyarhamah Aminah Nani atau lebih dikenali sebagai Miss Aminah.

Dikongsikan komposer veteran, Yusnor Ef

Perkara ini dikongsikan penerbit, pemuzik dan penulis lirik veteran En Yusnor Ef atau nama sebenarnya Mohd Nor bin Mohd. Yusofe yang hidup sezaman dengan komposer Kassim Masdor, pencipta lagu Bahtera Merdeka nyanyian Ahmad Jais/Aishah.

Di bawah kami kongsikan liriknya sebagai panduan anda :

Lirik

Selamat hari raya, sayalah ucapkan
Kepada ibu bapa saudara sekalian, 
Kaumlah kerabat hai handai dan taulan,
Tualah dan muda laki-laki perempuan,
Permulaan syawal, hari yang mulia aidilfitri
Penutup bulan puasa
Pintu terbuka untuk menebus kan dosa
Paling utama bagi sesama manusia
Umpat puji yang sudah terbanyak ampun dan maaf
Sekarang diminta supayalah azab kubur hai jangan lah menyesak
Selamatlah kita di akhiratNyalah kelak
Wahai muslimin sudahlah hai wangi
Wahai muslimin sudahla hai wangi
Mendoalah kita kepada Rabbal Illahi
Nendoalah kita kepada Rabbal Illahi
Dipanjangkan umur dimurah rezeki
Dipanjangkan umur dimurah rezeki
Tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi
Tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago