fbpx
Now Reading
Nazim Othman Buka Hati Untuk Berkahwin Semula Selepas 2 Tahun Berseorangan

Nazim Othman Buka Hati Untuk Berkahwin Semula Selepas 2 Tahun Berseorangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CAnXRvhAAGC/

Selepas dua tahun hidup berseorangan, pelakon tampan, Nazim Othman mendedahkan yang dia kini telah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Nazim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita, Bella Dally pada tahun 2016, namun ianya hanya bertahan selama 2 tahun .

Menerusi instagram, Nazim merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuknya menamatkan zaman duda apatah lagi usianya sudah menginjak 36 tahun.

“Di usia gangsa ni, tiada yang lebih baik dari meminta didekatkan dengan zaujah (bakal isteri) . Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin. 

“Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya. 

“Saya tidak lagi muda, waktu berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” tulisnya panjang lebar di Instagram (IG).

Menerusi posting sama, bekas pramugara yang mula mencipta nama menerusi drama Awan Dania ini turut membuat permohonan maaf secara kepada orang ramai sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

“Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima.

“Maaf juga kalau ada yang tak berkenan dengan posting ni. Sebilangan besar orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi mereka yang lemah kepada orang lain kerana kemungkinan besar mereka melihatnya sebagai tanda kelemahan. Doakan saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.