“Wajib Ke Tunjuk Perut Dengan Baju Ketat?” – Bella Geram Netizen Pertikai Pemilihan Pakaiannya

Rasanya umum mengetahui yang pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz sudah pun merujuk semula beberapa bulan lalu. Mereka kemudiannya telah mengumumkan yang mereka bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.

Terbaru bersempena raya, Bella telah memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan diamengenakan baju kebaya longgar yang sedondon dengan anaknya Ayden Arden .

Namun siapa menyangka pemilihan pakaiannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak ada netizen yang mengeluarkan komen : “Kenapa pilih baju besar, malu nak tunjuk perut ke?”

Baju longgar untuk keselesaan

Enggan mendiamkan diri atau mungkin rimas dengan komen berkenaan, Bella menerusi IG Story kemudian tampil menjelaskan pemilihan baju raya longgar tersebut adalah untuk keselesaan dirinya

Tambahnya isu malu menunjukkan perut yang semakin membesar tidak seharusnya timbul memandangkan kehamilan diketahui orang ramai.

“Bella punya baju raya dua-dua besar sebab mau keselesaan tapi ada akaun palsu beri komen cakap ‘kenapa pilih baju besar sebab malu nak tunjuk perut ke’.

Hamil wajib post tunjuk perut dengan baju ketat?

“Astaghfirullahalazim haa sampai mengucap. Siapa pun lah awak di sebalik akaun palsu tu, pertama saya rasa semua dah tahu saya mengandung.

“Kedua kalau hamil wajib ke kena post tunjuk perut dengan baju ketat. Boleh ke saya buat macam tu? Kena kecam tak?” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.

Tambah Bella lagi dia juga sebenarnya ada mengambil gambar khas ‘maternity’namun demi ramadan dan hari raya dia merasakan tidak sesuai untuk berkongsi foto-foto tersebut.

Ada ja gambar ‘maternity shoot’ tapi masa tu Bella hormat bulan Ramadan tak sesuai untuk post dan sekarang raya macam tak sesuai juga.

“Apapun, hidup ni kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar.

“Bila kita mendoakan kebaikan untuk orang, ada saja kebaikan untuk kita juga,” tulisnya lagi.

Tidak melatah, wanita itu mengingatkan semua orang supaya mendoakan kebaikan orang lain kerana hidup ini adalah seperti roda. Berbuat baik dengan orang lain, pasti akan mendapat balasan kebaikan juga nanti.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

1 hour ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

2 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

2 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

3 hours ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

3 hours ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

3 hours ago