
“Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya” – ‘Terkucil’ Semasa Nyanyi Live, Nabila Razali Mohon Maaf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama penyanyi Nabila Razali menjadi topik hangat netizen sejak beberapa hari lalu . Semuanya gara-gara nyanyiannya yang sedikit ‘terkucil’ sewaktu persembahan Live di program Meletop Mega Raya Ria.
Nabila yang gagal dihubungi juga dilihat tidak memberikan sebarang respon berhubung insiden tersebut meskipun perkara itu menjadi hangat di media sosial
Ada yang menghentam dan mencadangkan agar Nabila berhenti dari menyanyi namun ada juga yang terus meyokong dan memintanya untuk terus meperbaiku mutu nyanyiannya.
Eh… pic.twitter.com/Ep10arIO5e
— FJ#STAYATHOME (@FLjasmy) May 29, 2020
Terbaru, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Bella itu akhirnya tampil menerusi laman IG memohon maaf kepada semua peminat dan penonton .
Jelas kecewa dengan kejadian tersebut, Bella bagaimanapun meletakkan kesalahan itu pada diri sendiri dan berjanji akan menjadikannya satu pengajaran serta menambah baik mutu nyanyiannya di masa hadapan.

Turut memohon maaf pada mereka yang menghubungi
Dalam masa sama Bella turut memohon maaf kerana memilih untuk tidak menjawab sebarang panggilan atau balas mesej dari sesiapa dalam tempoh itu.
Padanya , dia begitu berterima kasih kepada orang sekeliling dan peminat yang sentiasa menyokong dan bersamanya ketika saat yang getir.
Dalam pada itu, beberapa rakan artis dilihat memberikannya semangat agar tabah dan melupakan perkara tersebut yang merupakan lumrah buat seorang penyanyi
