fbpx
Now Reading
“Kami Sudah Tiada Persefahaman” – Mimi Lana Akui Putus Cinta Dengan Syafiq Kyle

“Kami Sudah Tiada Persefahaman” – Mimi Lana Akui Putus Cinta Dengan Syafiq Kyle

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

5 tahun menjalin hubungan bersama, pelakon Mimi Lana akhirnya mengesahkan percintaannya bersama Syafiq Kyle sudah bernoktah sejak sebulan lalu.

Mereka juga kini tidak lagi saling mengikuti di Instagram masing-masing.

Memilih untuk tidak menyalahkan sesiapa Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, memberitahu, mereka bersetuju untuk berpisah selepas dilihat tiada lagi persefahaman.

Anggap saja kami tiada jodoh

“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… Anggap sahaja kami tiada jodoh,” jelas Mimi kepada BH Online.

Mimi Lana akui dia yang berkeputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Syafiq Kyle

Tambah Mimi meskipun dia yang berkeputusan untuk memutuskan hubungan tersebut namun jauh di dalam hatinya, dia begitu sedih dengan apa yang berlaku.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan. Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.

“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.