fbpx
Now Reading
Jep Sepahtu & Sari Yanti Timang Anak Kedua

Jep Sepahtu & Sari Yanti Timang Anak Kedua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Jep dan Sariyanti yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata kedua mereka, seorang bayi lelaki semalam.

Berita gembira tersebut di kongsikan Jep menerusi laman instagram miliknya

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita ” tulis jep di ruangan kapsyen

Menerusi perkongsian sama pelawak dan penyampai radio Sinar itu turut memuat naik foto bayi lelakinya itu namun hanya dari sudut tepi tanpa mempamerkan wajahnya. Malah Jep juga setakat belum lagi berkongsi nama bayi tersebut kepada umum.

Rakan selebriti dan peminat turut membanjiri ruangan komen untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Sekali lagi kami di Buzzkini mengucapkan tahniah kepada Jep dan Sari Yanti dan tak lupa selamat berpantang Sari Yanti!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.