fbpx

Ingin Mulakan Kehidupan Baru, Haneesya Hanee Maafkan Semua Orang & Dirinya Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah menjadi topik hangat setahun lalu susulan beberapa kontroversi, model Haneesya Hanee kini nekad untuk memulakan kehidupan yang baru.

Menerusi Instagram Haneesya berkongsi rasa hatinya yang dia ingin melupakan segala yang pernah terjadi didalam hidup nya dan hidup dengan semangat yang baru .

Selain itu dia juga memaafkan semua orang termasuk dirinya sendiri sekiranya pernah melukainya, berbuat salah atau mengutuk dirinya sebelum ini.

” Saya maafkan semua orang yang pernah melukai saya. Saya maafkan orang yang viralkan saya, hina saya, kutuk saya dan yang paling utama saya maafkan diri saya.

“Saya sudah tiada menyimpan perasan ‘saya benci diri sendiri” tulis Haneesya lagi.

Ingin mulakan hidup baru

“Saya mahu mulakan bab baru yang sempurna dalam hidup saya. Jadi saya bersihkan jiwa dari semua kebencian ini dan pilih untuk memaafkan semua

“Semoga masa depan saya lebih bersinar dari sebelumnya InsyaAllah.. ” tulis Haneesya di Instagram

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.